risiko gemuk air --------------------- dipetik daripada harian - TopicsExpress



          

risiko gemuk air --------------------- dipetik daripada harian metro Kali ini saya akan menerangkan mengenai masalah gemuk air yang selalu dihadapi keba­nyakan orang hari ini. Secara istilahnya, ia digelar retensi air yang berpunca apabila kadar sodium di dalam badan terlalu tinggi dan tubuh tidak berupaya untuk mengeluarkannya. Akibatnya, badan berasa amat letih kerana kandu­ngan cecair yang berlebihan itu yang boleh menyebabkan masalah kegemukan atau obesiti. Sodium ada dalam hampir setiap makanan yang diambil setiap hari. Garam dalam peket yang ditambah pada masakan harian adalah dalam bentuk sodium klorida. Selain obesiti, pengambilan sodium berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Ia juga mineral yang penting untuk mengekalkan beberapa fungsi badan termasuk penyerapan nutrien, peraturan tekanan darah, penyelarasan isi padu darah, fungsi jantung dan pengecutan otot. Bagaimanapun, sodium tidak mengandungi karbohidrat, lemak atau protein jadi ia tidak menyumbang sebarang kalori tambahan yang menyebabkan badan menambah lemak. Satu-satunya cara menambah lemak adalah mengambil kalori berlebihan dalam diet harian. Bagaimanapun, pengambilan sodium meningkatkan retensi air kerana badan akan menyimpan air dengan lebih banyak. Namun begitu, sodium masih diperlukan untuk membentuk elektrolit dalam badan. Cara mudah untuk anda mengenali masalah gemuk air apabila anda merasai bahagian badan seakan-akan lembik dan beralun. Jika ada kesan seperti itu, anda seharusnya mengurang­kan pengambilan makanan yang terlalu tinggi kandungan garam dan masam, kemudian tingkatkan pengambilan air. Memang benar retensi air ini berpunca daripada air itu sendiri tetapi fungsi lain air adalah untuk membersihkan toksin dan menyingkirkan cecair terperangkap dalam tisu badan serta membersih­kan buah pinggang. Lebihkan makanan berserat yang kaya kalsium dan magnesium untuk mengawal jumlah kandungan air di dalam badan. Sebaiknya, banyakkan pengambilan makanan vitamin B kerana jenis makanan ini turut membantu menyingkirkan lebihan air dalam badan. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta lakukan banyak senaman kardiovaskular untuk tubuh mengeluarkan peluh supaya toksin yang terkumpul di dalam badan akan lebih mudah dikeluarkan. Akhir sekali, harus juga diingatkan dalam usaha untuk mengelakkan retensi air, anda tidak disarankan untuk menyingkirkan sepenuhnya kandungan sodium dalam diet. Ini kerana sodium ialah mineral yang membantu dalam mengembangkan otot dan mengawal cecair badan. Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar nutrisi sebelum memulakan sebarang aktiviti diet.
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 12:21:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015