saya ingin memberitahu mpsp mengenai sikap pembersihan. Saya bukan - TopicsExpress



          

saya ingin memberitahu mpsp mengenai sikap pembersihan. Saya bukan daripada parti politik Dan saya betul betul berasa sakit hati dengan kerja pembersihan mpsp. Pada masa pemtakbiran BN, setiap hari atau minggu mesti Ada orang datang buat pembersihan pada masa yang tetap. Tetapi selepas pemtakbiran PKR, tidak Ada orang datang buat pembersihan pada masa yang tetap, Sekarang semua Kawasan di seberang prai betul betul kotor. Cuma kita Ada membuat aduan baru Ada orang datang bersihkan. Jalan jalan di bukit minyak, bukit tengah, juru, Dan lain lain tempat penuh dengan pasir pasir, Dan juga sampan Sarap, Dan rumput juga tidak dipotong. Ada aduan baru Ada datang bersihkan, sisa rumput dibiarkan sahaja selepas memotong rumput. Kita mahu pembersihan yang routine bukan Hanya buat bila Ada complaint. Cuma lihat semua tempat cukup kotor dengan sampah, traffic light pun penuh dengan sampah Dan pasir. Kerajaan Penang selalu cakap mahu hijau, tetapi kita tak nampak Ada hijau pun, pokok pokok dibiarkan saja selepas ditanam, kerajaan tidak pernah check pokok pokok Ada tumbuh atau tidak...macam mana mahu hijau kalau pokok sudah mati. Dulu Kawasan di jalan besar di bukit tengah Ada banyak pokok yang besar di tepi jalan iaitu di Depan leader steel. Pokok pokok itu telah ditebang untuk membuat jalan, Dan ditanam pokok yang baru selepas jalan siap, tetapi pokok yang baru itu tidak boleh tumbuh Dan dibiarkan sahaja. Mpsp ada check pokok pokok tak , cuma mulut saja cakap penang mahu hijau.Pasal pembersihan, Kami betul betul hairan macam mana mpsp buat Kerja. Kenapa tidak Ada jadual yang tetap untuk datang membuat pembersihan ? Kawasan kami Hanya datang buat pembersihan bila Ada aduan. Tempat kami Ada tiga tahun tidak Ada orang datang membuat pembersihan . Sekarang kita buat aduan baru datang, tetapi mereka tidak datang lagi kalau kita tak buat aduan. Kami tahu bila masa bawah pemberintah BN, mereka Akan datang untuk bersihkan setiap hari atau minggu, selepas tukar Kerajaan, tidak Ada orang datang untuk bersihkan. Orang perkerja contract cakap mpsp tidak bayar duit kepada mereka, Jadi mereka tidak datang buat pembersihan. Mpsp tolong pergi jalan jalan,kamu boleh nampak sampah Sarap di merata tempat. Betul betul sakit hati kami nampak ini semua Dan melalukan orang seberang prai.
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 08:27:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015