sebagai pengenalan buku ini penulis mengimbau secebis kisah - TopicsExpress



          

sebagai pengenalan buku ini penulis mengimbau secebis kisah dirinya yang berlaku beberapa tahun yang lalu. pada waktu itu kayuhan roda kehidupan beliau sedang berada di bawah. Tiada kerja dan tiada wang dan dalam mencari -cari usaha mendapatkan sumber-sumber rezeki, pada masa yang sama beliau belajar memahami hikmah di sebalik takdir. pada waktu itulah beliau telah dilhamkan Allah untuk menyelongkar isi Al-quran. Sebelum itu Al-Quran bukan tidak pernah di baca, tetapi tidaklah serius sangat untuk mendalami isinya, atau paling tidak pun membaca terjemahannya. Apabila berstatus penganggur barulah beliau menggunakan waktu terluang untuk membaca terjemahan Al-Quran, seterusnya membaca tafsirnya. Tafsir Ar-Rahman mudah untuk difahami, manakala tafsir fizilalil Quran membawa diri beliau meneroka ke alam tafsir yang lebih luas.. Bahasanya indah serta pelbagai huraian dan contoh-contoh yang sangat dekat dengan kehidupan hari ini, benar-benar memikat hati beliau. beliau mula membuat catatan pada sebuah buku, mana mana ayat yang berhasil mengalirkan air mata. Beliau menikmati suasana itu. Beliau sering berulang-alik ke surau ibu pejabat Tabung haji, semata-mata kerana mahu membaca tafsir tersebut. dipendekkan cerita beliau mula menulis sebuah buku yang menceritakan tentang rezeki. Maksud buku beliau itu adalah khusus dalam membentuk kepercayaan tentang rezeki. Apa yang dikatakan "menjemput rezeki" sebenarnya lebih mudah berbanding "mencari rezeki" ? Apa itu rezeki? Apakah kaitan rezeki dengan usaha. Apakah rezeki boleh bertambah atau berkurang? dan yang lebih utama adalah, apakah cara sebenar menjemput rezeki sebagaimana janji Allah didalam Al-Quran. InsyaAllah bab demi bab di dalam buku ini akan menjelaskan maksud tersebut. semoga apa yang anda cari ada dalam buku ini. idreammarket.blogspot/2013/08/buku-mudahnya-menjemput-rezeki.html jika anda berminat untuk menjemput rezeki sms MMR , nama dan alamat ke 0193343698
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 01:57:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015