sebentar tadi, aku baru saja pergi ke kedai berdekatan dengan - TopicsExpress



          

sebentar tadi, aku baru saja pergi ke kedai berdekatan dengan tempat tinggal untuk membeli barangan yang ingin dibeli. Selepas selesai mendapatkan barang-barang yang berada dalam senarai dan barang-barang itu ditempatkan di atas meja kaunter, cashier arab itu mula membuat kiraan dan terus bertanya "sudah habis ke akhi?" roman wajahnya tidak setenang selalu. dan perbualan antara aku dan dia juga tidak seperti selalu. kebiasaannya, dia akan tenang memberi respon kepada kehadiran aku sebagai pelanggan ke kedainya sambil beramah dengan bertanya "mahu apa2 lagi ke?" dan perubahan pada dirinya itu terjawab setelah transaksi bayaran berlaku, ketika mana datang seorang wanita tua arab menimbulkan isu penggulingan Mursi daripada jawatan presiden. dan wanita itu kelihatan menyokong keadaan terkini di Mesir cashier arab itu yang merupakan lelaki, tegas memberi hujahnya bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan kecewa dengan sebahagian rakyat yang hanya tunduk kepada ucapan tentera tanpa mengambil kira hak-hak yang dicabuli dia bertegas menghidupkan hujah dengan menceritakan keadaan seorang pemuda yang terbunuh oleh golongan tamarud (anti mursi), sambil membuatkan gaya tangan, menunjukkan kawasan leher dan bertanya: "seorang pemuda telah dibunuh dengan dikelar di leher, apakah itu Islam?" wanita tua itu sekadar membalas, "Allah lebih tahu"
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 08:45:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015