sejarah aku dengan pokok bunga puding......kenapa aku benci pada - TopicsExpress



          

sejarah aku dengan pokok bunga puding......kenapa aku benci pada pokok bunga puding.....ketika aku di tingaktan tiga...tahun1983 aku terlalu berminat menanam pokok bunga puding.berbagai warna pokok bunga puding yang aku tanam di sekeliling rumah.di merata kampung aku minta benih pokok puding.kg,juntai.simpang durian.mentaus.jerang.kg.sabun .seredai hulun seredai hilir.minta sama kawan satu sekolah di pasoh satu dan 4.mereka beri macam nak bagi lembu sekandang makan.aku pun tanam.kerana melihat pokok bunga puding di sekolah sg,buluh cantik di tanam oleh tukang kebun pak cu badin itu cantik menimbulkan minat ku untuk menanam di sekeliling rumah ku.pada satu petang sedang aku menanam pokok bunga puding yang di beri rakan sekolah dari pasoh satu.rumah ku di datangi 2 orang perempuan yang amat ku kenali...alasan nya nak cari beras pulut pada emak aku...tapi mata nya merenung setiap bunga yang aku tanam...perempuan itu tukang sapu sek sg.buluh.nama nya indok robak itu pangilan di kampung.aku pun tak tahu di masih hidup atau pun dah reput....keesokan hari nya di sekolah aku pun cerita lah pada kawan ku yang memberi bunga puding dari rumah nya di pasoh satu yang aku dah tanam bunga yang di beri...seronok dan gembiranya aku.tiba tiba datang seorang kawan sekampung aku yang satu kelas menjerit mengatakan aku mencuri bunga puding di sekolah kbn sg.buluh.aku terdiam seketika.baru aku teringat rupanya perempuan yang tukang sapu sekolah tu datang bukan nak tanyakan beras pulut pada emak aku tapi nak melihat apakah aku mencuri bunga puding sekolah yang hilang...lepas waktu pesekolahan aku pun terus kerumah indok robak..bertanyakan apakah betul ia menuduh aku mencuri bunga sekolah...aku naik angin macam di rasok hantu hj rayo...marah pada indok robak.sampai sekarang aku masih tak boleh memaaf kan manusia itu...
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 07:05:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015