sejuta kata memaksa meronta-ronta mahu dilontar pergi tapi mulut - TopicsExpress



          

sejuta kata memaksa meronta-ronta mahu dilontar pergi tapi mulut terkunci bagai bisu tak petah berbicara trafik hatiku sesak dengan jalan menyusur yang berbelah bagi jalur idea dan angan bersimpang-siur dibenak minda keliru. kelu. lesu. pilu. semua termaktub dalam susuk tubuh tercemar jurang perhubungan denganMu semakin longgar arah tuju hidupku kelam samar terpencil di graviti hati masih adakah bagiku sinar?
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 21:18:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015