siaran ulangan,,,,kpada yg blum baca,,jgn marah...astro pun ulang - TopicsExpress



          

siaran ulangan,,,,kpada yg blum baca,,jgn marah...astro pun ulang cerita sama gak,,CD dah nipis pun ulang lagi.... Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda... Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. *Ini dipanggil berfikir di luar kotak. - berfikir lain daripada yang lain! Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol! *Ini dipanggil sebagai Profesional. - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan! Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat. Perompak tua menyangkal dan berkata: kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut. *Ini dipanggil Pengalaman. - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas! Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!. *Ini dipanggil inovatif. - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda! Penyelia berkata: alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit *Ini dipanggil berpandangan jauh. - merancang masa depan selangkah lebih awal! Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri. *Ini dipanggil Pengetahuan. - pengetahuan kunci kejayaan hidup! Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu. *Ini dipanggil sambil menyelam minum air. - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain! Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
Posted on: Fri, 14 Feb 2014 08:39:47 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015