tadi malam..masjid almakmur,kampung geching hulu,salak - TopicsExpress



          

tadi malam..masjid almakmur,kampung geching hulu,salak tinggi,sepang,selangor - tempat permastautin dan kariah ku, terlalu sesak dipenuhi oleh para jemaah lelaki perempuan hingga melimpahi tepian koridor masjid. Berbeza dengan situasi tahun tahun sebelumnya. Berbanding dengan situasi zaman silam....15 tahun dahulu,jemaahnya sedikit hanya ditangani oleh beberapa kerat penduduk kampung,tetapi kali ini umpama seperti masjid masjid dibandar besar,yang sentiasa melimpah limpah dihuni oleh jemaah dari pelbagai latarbelakang sejarahnya. Mungkin ini diatas faktor kepesatan projek projek perumahan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Didalam kampung yang berdekatan dengan kuala lumpur international airport ini,lokasi geografinya dipenuhi dengan lebih kurang 20 buah penempatan taman taman perumahan disekelilingnya. Ini semua hasil "kemurahan" segelintir penduduk kampung yang melakukan mou " joint- venture" dengan pemaju pemaju perumahan.
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 22:41:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015