tindakan melakukan kerjasama antara IPT dengan industri memang - TopicsExpress



          

tindakan melakukan kerjasama antara IPT dengan industri memang baik dalam satu keadaan (dapat membuka peluang graduan mendapat kerjaya yang diidamkan). Mengikut kajian Prof. Siti Hamisah Tafsir daripada UTM, pada dasarnya pendekatan kerjasama industri-IPTA ini memang bermasalah kerana orientasi keduanya amat berbeza. IPTA mementingkan pencambahan ilmu untuk disebarluaskan kepada masyarakat, sedangkan pihak industri lebih mementingkan soal keuntungan dan menekankan elemen hak cipta yang dirahsiakan. Hal ini bakal menyebabkan ilmu tadi disembunyikan demi untuk mengekalkan keuntungan. Soal kebajikan pekerja juga dilihat bermasalah kerana usaha penyelidikan di IPTA perlu dibuat dalam keadaan yang bersifat santai dan kondusif, sedangkan sifat pekerja di sector industri seringkali ditekan demi untuk menjimatkan kos dan mendapatkan hasil dalam tempoh masa yang singkat.( Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, h. 189)
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 05:33:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015