#ukmconfessions - 3337 "Sebenarnya saya sudah lama perhatikan - TopicsExpress



          

#ukmconfessions - 3337 "Sebenarnya saya sudah lama perhatikan page ini, kadang-kadang saya tergelak dengan gelagat mahasiswa ukm ini, apa yang post ada yang geli hati dan saya terfikir juga apa yang yang dipost itu memalukan UKM juga, sedar2lah sikit wahai manusia, kita nie bukan hidup lama pun, saya ini pun bukanlah baik sangat pun..janganlah asyik hendak menunding jari kepada orang lain jika diri kita sendiri xbetul, ingat kita ini malaikat ke? semua pekong manusia lain kita hendak buka, Allah maha melihat, dia pun melihat saya menulis nukilan ini..haha. sudah2lah..kadang-kadang kesian juga dengan kolej-kolej, jaksa2, felo2 dan sewaktu dengannya asyik terkena jek, setiap orang melakukan kesilapan, kalau tidak puas hati jumpalah trus, post dekat sini pun buang masa, jumpa depan2 manalah tau boleh selesai masalah kita..disini saya nak cakap beberapa perkaralah: 1) Saya ini stay KDO, pelajar tahun 4, lagi pun sejak saya stay kdo ini ok jek xde masalah pun, lagi2 saya ini pelajar sakit yang sering dibantu oleh felo, jaksa, dlu bapa saya meninggal pun Pengetua kdo jumpa saya, bagi derma pada saya, saya terharu sangat dan bersyukur sangat sebab stay kdo, kebajikan saya terjamin walaupun tdk dipinta, lagi2 jaksa kebajikan yang banyak membantu waktu ketika dahulu. 2) Saya perhatikan rmai pelajar sentuh pasal isu infrastruktur yang kurang memuaskan, biasalah kolej lama, kalau ada masalah report dekat pejabat, buat laporan, tdk perlu post disini, jika tidak ambil tindakan jumpa sahaja pengetua abis cerita, saya bersyukur kat kdo xde langsung isu air, lagi pun yuran murah, nasiblah dulu tak dicampak di zaba, kalau tdk pokailah sy..saya pun suka join program kolej, sebab dari tahun 1 saya stay kdo, kalau rasa malas nak join xpayahlah join kan..tapi dah msk thn 4 nie sy da expired, fokus tesis jek.. 3) lagi pun saya tahu yang banyk xpuas hati dengan kolej ini budak batch saya, tau snagt isu-isu ini, budak2 KEPENTAS2 dlukan..haha..sy pun masuk group itu, mereka buat macam ini juga, saya hnya memerhati, dpt dosa kering jugk..haha ada yang diberi peluang pun masih buat hal..pelik2..saya tau jek siapa yang post2 pasal kdo ini, ada sorang budak ini DERMA NOR ASYIKIN ini saya tengok banyak sangat complain, saya kenal dia sanagt, kalau xpuas hati sangat kenapa duduk KDO, tukarlah kolej lain, mana tau dapat servis yang lebih baik kan..dan untuk kawan2 seperjuangan kita juga ini..haha. 4) lagi satu janganlah menyebarkan fitnah yang tidak betul, dosa jadinya nanti..jika kita tidak berpuas hati dengan kolej, jumpa, settlekan baik2..jangan semua benda nak naik isu, bayaran dinner dan tshirt pun nak dijadikan isu, ak tnya bdk kolej lain, diorang kena bayar dalam rm20 untuk dinner dan kena tambah lagi duit untuk keperluan ruang rehat dikolej, diorang xde pun kecoh dekat sini..buat malu jeklah kalau benda macam itu nak kecoh, bila depan pengetua xnak jawab, terdiam apabila bertnya, belakang2 mengaum.,pelik2. 5) saya sahaja post dekat sini sebab sudah lama memerhati, sebab tetiba pulak rajin nak mengarang ayat panjang2 nie, saya post ini pun nak cerita apa yang saya rasa sejak stay di ukm ini..kadang2 saya ada benda jugk xpuas hati tetapi biarkan jeklah, mybe mereka ada reason tersendiri, dan yang paling pentg mereka tdk kacau hdp saya..haha kita perlu bersyukr kot apa yang kita ada sekarang, jangan terlalu melihat kesalahan orang lain sedangkan perangai kita pun tidak seberapa..saya ini bukan mantan jaksa, bukan jaksa, bukan felo, bukan mpp dan bukan sesiapa, saya hanya hamba ALLAH.. saya harap sangat admin tidak menapis post saya ini demi kebaikan kita bersama dan cuba muhasabah diri tentang apa yang kita perkatakan ini.. ~Hamba Allah~"
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 17:10:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015