wat Muadzam Shah: Berang apabila hubungan terlarangnya tidak - TopicsExpress



          

wat Muadzam Shah: Berang apabila hubungan terlarangnya tidak mendapat restu, seorang pengkid mencurah petrol ke rumah teman wanitanya sebelum membakarnya dengan niat mahu membunuh keluarga teman wanitanya di FELDA Keratong, dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi, suspek berusia 21 tahun datang ke rumah teman wanitanya sambil membawa sebotol petrol. Difahamkan, ketika kejadian, teman wanitanya berusia 17 tahun bersama ahli keluarganya yang lain tidur di dalam bilik masing-masing. Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Ahmad Johari Jahaya berkata, selepas meninjau lokasi rumah mangsa, suspek mencurah petrol ke sebuah bilik rumah mangsa sebelum menyalakan api. Menurutnya, kejadian terbabit disedari seorang ahli keluarga mangsa yang tidur di dalam bilik berkenaan sebelum bergegas memadamkan api. Katanya, susulan tindakan pantas itu, api berjaya dipadam sebelum suspek bergegas melarikan diri daripada rumah mangsa. “Siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal di FELDA sama bertindak sedemikian selepas hubungannya ditentang keluarga mangsa. “Polis mengenal pasti identiti suspek yang juga penagih dadah dan gerakan memburu dijalankan,” katanya. Ahmad Johari berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.
Posted on: Sun, 07 Jul 2013 14:38:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015