السلام عليكم ورحمة الله وبركاته - TopicsExpress



          

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم. Tazkirah Pagi Isnin 24 Muharram 1436 17 November 2014 Sesungguhnya Allah swt memerintah supaya orang orang yang beriman menjauhi Riba. Dan Allah juga memerintah memperbanyakkan sedekah daripada rezeki yang telah Allah swt kurniakan Dan juga memperbanyakkan tobat kepada Nya semoga Allah swt mengampunkan dosa kita. sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 130___136 Semoga ada manfaatnya kepada kita. : Surah Aal-e-Imran, ayat 130: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Surah Aal-e-Imran, ayat 131: وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir. : Surah Aal-e-Imran, ayat 132: وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. Surah Aal-e-Imran, ayat 133: وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa : Surah Aal-e-Imran, ayat 134: الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik Surah Aal-e-Imran, ayat 135: وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). : Surah Aal-e-Imran, ayat 136: أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. Disediakan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan Pas Kawasan Bandar Tun Razak Cheras KL.
Posted on: Mon, 17 Nov 2014 00:42:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015