第一段 Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang - TopicsExpress



          

第一段 Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar tahun 1400. Apabila Parameswara telah berjaya membentuk Melaka baginda telah menyususn strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka bandar pelabuhan , hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. 第二段 Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. 第三段 Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar bertanggungjawab hal ehwal balairung seri, 40 orang bentara yang menjalankan perintah raja dan melantik biduanda kecil. 第四段 Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar Berempat yang kemudian dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur. Mereka ini diberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai “Kawasan pegangan”. Di samping itu, mereka diberikan amanah untuk memungut cukai. Dengan cara ini mereka memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan yang akhirnya menjadikan negara kuat dan maju. 第五段 Apabila pentadbiran Melaka berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi, Melaka yang strategik di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat, terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya ditambah pula sumber hasil negara seperti hasil pertanian dan hasil hutan yang banyak telah menyebab Sultan Melaka dan pembesarnya menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan. 第六段 Pelabuhan Melaka ini akhirnya berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai pedagang yang singgah asalnya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barangan dagangan. Syahbandar dilantik bagi menguruskan hal ehwal perdagangan ini. Pelbagai kaedah perdagangan diperkenalkan seperti sistem cukai dan surat kebenaran berniaga yang menjana ekonomi Melaka. 第七段 . Apabila menyedari kesilapannya Sultan Mahmud Syah telah menyerahkan kuasa kepada Sultan Ahmad Syah yang tidak cekap dan lemah. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Bendahara Tun perpatih Putih pula seorang yang sudah tua dan tepok yang tidak mampu lagi mentabir Melaka. 就完了>_
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 07:09:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015