[25 Ramadhan 1434 H] Pada hari ini, tahun 658 H. Dunia dikejutkan - TopicsExpress



          

[25 Ramadhan 1434 H] Pada hari ini, tahun 658 H. Dunia dikejutkan dengan kemenangan tentera empayar Islam Mamluk (Kaherah, Mesir) pimpinan Sultan Saifudin Muzaffar Al-Qutuz dalam Perang Ain Jalut di Palestin, menewaskan bala tentera empayar Tartar (Mongol) yang dipimpin oleh Jeneral Kitbuqa Noyan. Pada masa tersebut Empayar Tartar baru sahaja diambilalih oleh cicit Genghiz Khan, iaitu Hulagu Khan. Kemenangan ini sangat mengejutkan kerana tentera yang sama (Tartar) telahpun berjaya meruntuhkan dua empayar besar Islam iaitu Ayyubiah (berpusat di Dimasyq, Syria) dan Abbasiyah (berpusat di Baghdad, Iraq).
Posted on: Sat, 03 Aug 2013 08:04:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015