ANAK AKU BUKAN MILIK AKU Melayan isteri menonton drama Anak aku - TopicsExpress



          

ANAK AKU BUKAN MILIK AKU Melayan isteri menonton drama Anak aku bukan milik aku di TV3. Saya kurang berminat sebenarnya, menonton TV dan drama-drama ini. Namun saya layankan sajelah. Sambil kenangan mengimbau sepanjang saya bertugas di kedua-dua, jabatan perbidanan dan jabatan kanak-kanak. Plot cerita di drama berkenaan, mengingatkan saya kepada salah seorang pesakit yang diuruskan saya. Negeri yang terletak jauh di utara tanah air, sebenarnya agak jauh berbanding tempat lain. Saya tidak tahulah perbandingannya dengan hospital-hospital lain, namun agak banyak juga kami menerima kes UM (unmarried mother). Banyak daripada negeri-negeri lain dari seluruh negara. Apabila ditanya, rata-ratanya memberi jawapan terlanjur dengan teman lelaki, lalu dihantar ibubapa ke sini untuk urusan melahirkan anak secara senyap-senyap. Kami juga banyak berurusan dengan rumah-rumah perlindungan, asrama-asrama yang menempatkan mereka. Secara jujur, kami cuba untuk melayan mereka tanpa sebarang judgement. Saya secara peribadi, akan mengucapkan terima kasih dan memuji keprihatinan mereka terhadap kandungan mereka. Bagi saya, mereka mungkin telah membuat kesilapan di masa lalu, namun mendapatkan susulan doktor dan memelihara kandungan sehingga tempoh lahir, adalah sebuah keputusan yang sangat baik dan patut dipuji dan dibanggakan. Tekanan emosi membawa selama 9 bulan kandungan yang tidak disangka dan diingini, diikuti stigma dari keluarga dan masyarakat, bukannya mudah. Belum dikira lagi tekanan fisiologi perubahan pada badan ketika mengandung. Mereka ini boleh mengambil jalan mudah mengunjungi pusat-pusat perubatan swasta yang menawarkan khidmat pengguguran secara illegal, mahupun mengunjungi pengamal2 tradisional untuk berbuat sedemikian. Namun, mereka membuat pilihan yang paling bertanggungjawab kali ini. Dan Allah Maha Mengetahui betapa mereka sudah bertaubat atau tidak. Dan saya menjadi saksi, ada dalam kalangan ibu muda ini, yang mengalirkan air mata apabila selesai melahirkan anak. Ibu ini diberi pilihan untuk menjaga anak mereka ini, atau to give it away kepada keluarga angkat yang dipilih sendiri mahupun diuruskan pihak kebajikan. *** Ada follower FB yang menghubungi saya, menzahirkan hasrat untuk mendapatkan anak angkat dari ibu-ibu muda ini. Saya memahami hasrat mereka. Namun tugas berkenaan sangat berat dan perlu melalui saluran yang betul. Ini kisah seorang pesakit saya, berdasarkan kisah benar yang saya olah, sunting dan cantumkan agar melindungi privasi pesakit. Ibu muda ini, berasal dari pantai timur, mengandung akibat terlanjur dengar teman lelakinya. Namun melalui sebuah klinik swasta, beliau dapat menjumpai sebuah keluarga angkat, yang sudi mengambil anak dalam kandungannya. Saya mengorek cerita, dan mendapati beliau sudi dibayar sejumlah amaun. Kalau ikutkan pertimbangan saya, memang honestly saya menganggap dah macam jual anak dah pun. Tetapi saya diberitahu, jumlah itu untuk menampung kos rawatan dan perubatan. Pada hari kelahiran, saya turut berada bersama. Alhamdulillah, ibu muda tersebut selamat melahirkan seorang bayi yang sihat. Seperti kebiasaan, anak yang baru dilahirkan akan diletakkan di dada ibu untuk skin-to-skin contact. Saya yang memahami kes tersebut, bertanya kepada ibu berkenaan, Adik nak tengok anak? Beliau menggelengkan kepala. Adik nak menyusukan anak? Pun beliau menggelengkan kepala. Saya faham tekanan emosi yang sangat berat dihadapi sang ibu berkenaan. Kerana itulah apabila menonton drama berkenaan, saya cukup terluka dengan dialog-dialognya yang berkeras mahu watak ibu tersebut melihat anaknya. Kelihatan kasar, namun pada perspektif ibu tersebut, anak tersebut merupakan lambang dan bukti, saksi kepada dosa lampau beliau. Melihatkan anak tersebut, pasti membuatkannya terkenangkan pengalaman lalu. Sikap yang dissociative tersebut merupakan classic textbook psikologi manusia. Tak apa adik, anak ini akan dimasukkan ke wad nursery untuk penjagaan sementara. saya menjelaskan. Menyedari bahawa anak ini tidak akan ada bapa untuk mengazankan dan mengiqamatkannya, saya mengambil kesempatan tersebut mendukungnya dan mengazankannya. Kisah ini tidak berakhir di sini. Ketika anak tersebut dalam jagaan kami di nursery, datang pasangan keluarga yang mahu mengambilnya menjadi anak angkat tersebut. Rupa-rupanya, ibu muda berkenaan berubah hati, enggan menyerahkan anaknya menjadi anak angkat. Tentulah pasangan berkenaan, yang sudah bertahun-tahun mendambakan cahaya mata, yang akhirnya diberikan sinar harapan untuk mendapat anak, menjadi marah dan sakit hati. Mereka datang jauh dari bandar ke hospital kami, untuk menuntut anak tersebut. Saya, tidak mahu masuk campur sangat dalam drama ini. Konflik berkenaan diuruskan oleh unit kerja sosial hospital. Dari apa yang saya dengar, akhirnya ibu muda tersebut dapat dipujuk untuk menyerahkan anaknya kepada pasangan tersebut. Still, i dont feel right about that. Hakikatnya, inilah realiti dunia kita, tak banyak bezanya dengan drama. Dan ini juga melambangkan betapa seriusnya kebejatan sosial negara kita. Boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ada kes UM, dan sepanjang saya menjaga wad pediatrik pun, hampir setiap minggu adanya kes rape. Rape with inverted commas. Kesan jangka masa panjang adalah unimaginable. Ianya merosakkan nasab, memporak perandakan rumahtangga. Sungguh besar hikmah larangan Allah pada zina, bermula pada perkataan wala taqrabu zina, iaitu pada mendekati lagi sudah dilarang. Antaranya saya pernah ceritakan, di sini: https://facebook/syamirulah/posts/10202362223878132:0 Okeh nak sambung tgk TV. Bini dah marah mengadap ipad lama2, last2 dia sorang yg tengok TV. Hihi.
Posted on: Sun, 02 Feb 2014 15:09:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015