APA ITU WAHABI ? wahibi merupakan satu fahaman / aliran dominan - TopicsExpress



          

APA ITU WAHABI ? wahibi merupakan satu fahaman / aliran dominan yg di amalkan oleh ulama-ulama Haramain / Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi , Salafiah, Muhawidun yang bermaksud satu Tuhan. Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal ( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taimiah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahlakn dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah. Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin, Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia. Pengasas Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.Buku beliau bertajuk Kitab al Tawhid. Beliau adalah seorang sufi , ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan , bukan satu mazhab. Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah. Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah. Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh. Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duriyah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 11:04:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015