Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu Apabila - TopicsExpress



          

Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka. Hari ini ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar dihormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri. Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya. Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu bapa dan juga mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan ekoran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa serta mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam. Bagi sesetengah pasangan permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meskipun di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 10:36:56 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015