Alhamdulillah berkesempatan penuhi jemputan ke majlis berbuka - TopicsExpress



          

Alhamdulillah berkesempatan penuhi jemputan ke majlis berbuka puasa bersama Sukarelawan Malaysia Life Line for Syria di Restoran Zam Zam, Shah Alam bersama rakan UniKL di bawah projek UniKL Misi Kemanusiaan Antarabangsa. Terima kasih kepada pihak yang sudi menjemput terutama cik Bazilah Zaki atas ingatan kepada kami. Semoga segala perancangan yang kita mahu laksana dipermudahkan Allah dan lancar insyAllah. Nantikan projek amal kami seterusnya Suara Hati Syria pada 23 Julai di Dewan Bestari, Tingkat 2, UniKL Kampus Kota pada jam 2 petang. Imam Muda Fattah antara panel jemputannya nanti untuk berkongsi pengalaman dan persembahan beliau. Manakala 26 Julai projek amal "flashmob" di depan Sogo selepas Asar bagi mengutip dana bantuan pendidikan, perubatan dan makanan Syria. Dana ini akan dibawa ke Syria pada 28 Julai oleh sukarelawan Malaysia Life Line for Syria.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 15:28:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015