Alhamdulillah, shortfilm SAYA Tunggu AWAK yang diusahakan hasil - TopicsExpress



          

Alhamdulillah, shortfilm SAYA Tunggu AWAK yang diusahakan hasil kerjasama para penulis yang bernaung di bawah Galeri Ilmu Media Group (GIMEG), kini sudah mencecah lebih 7000 viewers. Satu pencapaian yang amat memberansangkan! Ternyata fakta ini membuktikan bahawa penggunaan shortfilm sebagai medium baru dakwah dan ilmiah adalah satu kenyataan yang tepat dan tidak boleh disangkal. Di dalam shortfilm ini, saya mengetengahkan isu jodoh. Cepat atau lambat semuanya sudah ditentukan. Orang yang mendapat jodoh cepat, bukan bermakna mereka hebat. Orang yang lambat bertemu jodoh, bukan kerana mereka hodoh. Orang cacat pun kahwin juga. Orang buta pun berumahtangga. Justeru, shortfilm ini cuba memujuk hati penontonnya agar memahami hakikat ini. Ternyata isu ini mendapat perbincangan hebat di kalangan rakan2 Facebook. Di page popular Pakar Diari Hati misalnya, perkongsian shortfilm ini bukan sahaja berjaya melahirkan perbincangan hangat malah mendapat beratus-ratus share dari kalangan fan page nya. Subhanallah! Alhamdulillah, atas persetujuan sahabat dan mereka yang terlibat, insya-Allah, usaha melahirkan lebih banyak shortfilm tarbiah akan terus diusahakan. Untuk Saya Tunggu Awak, insya-Allah akan ada beberapa siri lagi yang akan disiarkan secara berepisod. Ketika ini, rakan-rakan saya yang sedang berkampung di sebuah hotel di ibukota di dalam Bengkel Penulisan Skrip sedang mencuri-curi masa untuk shoot beberapa scene di sana. Tentu sahaja dengan bantuan pengarahan dari sifu kami - Tuan Zabidi Mohamed. Mohon doa dari semua agar proses penggambaran dan rakaman ini berjalan lancar. Tunggu sambungan Shortfilm pertama ini nanti ya! Untuk yang belum menontonnya, boleh klik di sini.. Enjoy! youtube/watch?v=yzN_WNuC2Lg
Posted on: Sat, 16 Nov 2013 14:07:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015