**Bagaimana Pasaran Hartanah Sekarang** Jika diperhatikan kaunter - TopicsExpress



          

**Bagaimana Pasaran Hartanah Sekarang** Jika diperhatikan kaunter saham syarikat-syarikat yang berasaskan hartanah sepanjang dua minggu yang lalu..semuanya jatuh teruk. Ramai pemain saham menjauhkan diri kerana menunggu pengumuman belanjawan 2014 hujung Oktober ini. Dikhabarkan bahawa kerajaan akan menaikkan cukai keuntungan hartanah sebanyak 30% dan duti setem untuk pindahmilik hartanah sebanyak 5%. Ini akan menyebabkan spekulator hartanah akan menjauhkan diri daripada pasaran hartanah. Betulkah bergitu?. Difahamkan bahawa nawaitu kerajaan adalah untuk memberi ruang rakyat yang belum memiliki rumah dapat membeli dengan harga yang munasabah. Peliknya menurut Redha masalah sekarang adalah kekurangan penawaran rumah berbanding permintaan. Menurut mereka cara mengurangkan harga rumah adalah dengan memperbanyakkan rumah bukannya melalui kenaikkan cukai. Pada pandangan saya kerajaan perlu mengawal harga untuk rumah kos rendah dan sederhana bagi menjamin golongan ini mampu memiliki rumah dengan kuasa membeli yang ada. Bagi rumah kategori tinggi biarlah pasaran yang menentukannya. Rumah PPR,PRIMA,SPNB harus mampu menyerap permintaan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 22:54:43 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015