Bek Leverkusen turut serta Oleh : Faizal Bujang Tarikh Disiarkan - TopicsExpress



          

Bek Leverkusen turut serta Oleh : Faizal Bujang Tarikh Disiarkan : 30-Oct-2013 BEKAS bintang pertahanan kelab ternama Jerman (Bayer Leverkusen), Manuel Friedrich, 34, merupakan antara lapan pemain baharu yang menyertai ujian pemilihan skuad Liga Super 2014 Sarawak di Stadium Sarawak petang semalam. Friedrich yang pernah beraksi dengan bekas kapten Jerman, Michael Ballack mempunyai ketinggian “6 kaki 4 inci” dan berat badan 85 kilogram. Berdasarkan latar belakang dan reputasi, Friedrich cukup sesuai untuk mengisi slot bek tengah Sarawak. Bagaimanapun, prestasinya akan dinilai sehingga Jumaat ini. Sementara itu, empat pemain baharu yang turut serta ialah bekas pemain Sarawak, Mohd Rashid Aya, 22 (Johor/sayap), Reeshafiq Alwi, 31, (Selangor PKNS/Tengah), Mohd. Lot Abu Hassan, 29 (Selangor PKNS/Penyerang), Mohd. Fadzley Abdul Rahim, 26 (Pos Malaysia/Penjaga Gol). Manakala tiga lagi pemain terdiri daripada anak tempatan iaitu Florian Rison Ak Laes (Piala Presiden 2012penjaga gol), Morris Jagan (Marr SC Akjaemura/pertahanan) dan penjaring terbanyak Piala Juara- Juara Sarawak 2013 dari kelab SEG F.C iaitu Paul Sambang. Jurulatih Sarawak, Robert Alberts menjelaskan prestasi mereka akan dinilai sehingga Jumaat ini sama ada layak atau sebaliknya untuk menyertai skuad Liga Super 2014 Sarawak. Skuad Sarawak kembali berlatih petang semalam selepas gagal memburu tiket final Piala Malaysia 2013 setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Pahang dalam aksi separuh akhir kedua di Kuching Sabtu lalu. Sarawak kalah 3-1 dalam aksi pertama pada 19 Oktober lalu. Sarawak yang akan bersaing dalam Liga Super musim depan memerlukan empat hingga lima pemain import tempatan berkualiti bagi membentuk kekuatan. Selain itu, Sarawak juga memburu dua lagi bintang import handalan untuk mengisi slot serangan dan pertahanan. Musim depan setiap pasukan dibenarkan membariskan tiga pemain import asing bagi menguatkan pasukan masing-masing. Bintang import dari Bosnia, Muamer Salibasic akan terus bersama Sarawak, manakala import dari Cameroon, Guy Bwele kemungkinan besar akan diketepikan.
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 11:01:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015