Bernarkah minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran - TopicsExpress



          

Bernarkah minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran kita seperti yang di selalu bandingkan oleh pihak media tempatan (atau budak suruhan) , yang sepatutnya objektif . Untuk jawab soalan ini kita kena pakai PPP atau " Purchasing Power Parity " degan izin . Yang seperti di ketahui awam , gaji pokok di negara ini amat rendah , ada di golongan perkerja kilang yang dapat gaji pokok antara... RM400 - RM 700 (mau makan apa boss ? , awak takpa lah kerja kerajaan dapat COLA , kita air kencing pun tak dapat .), sampai hari ini , realitinya gaji minimum yang di janjikan ialah satu janji kosong sahaja .Tetapi seperti yang di ketahui awam , harga kereta di Malaysia antara yang tertinggi di dunia . Bayangkan degan duit RM48,000 hanya boleh beli kerata Proton Wira 1.5 (engin Mitsubishi lama era tahun 1970 ) berbanding di Australia degan duit RM48,000 boleh beli Mitsubishi Lancer 2.0 Mivec (engin Mitsubishi baru era tahun 2000) . Itulah bila saya cerita kepada rakan saya di Australia bahawa saya ambil 9 tahun pinjaman untuk bayar kerata Proton saya mereka angap saya orang gila kerana mereka yang kelulusan setaraf saya gaji RM10000 berbanding saya RM2800 setelah kita konvert kepada RM seperti kita konvert harga minyak . Walaupun minyak kita "murah" saparuh berbanding Australia , kereta Malaysia lebih mahal tiga kali ganda (degan teknologi lama ) , dan gaji di Australia tiga kali ganda Malaysia ( Australia ada gaji minima ) . Minyak Australia walaupun lebih mahal tapi kualiti dan mutunya tinggi kerana kerata mereka yang berkuasa tinggi (V8 turbo) kebanyakan tak boleh pakai RON95 (minyak orang miskin kena tipu) . Disel Malaysia pun banyak kotor , kereta BMW dan Mercedes tak boleh pakai , itulah kereta mewah degan engin disel turbo tak boleh jual di Malaysia . Ada negara minyaknya mahal tapi keretanya murah , ada negara minyaknya murah tapi keretanya mahal dan sekarang ada pula negara yang minyaknya mahal dan keretanya pun mahal . LU PIKIRLAH SENDIRI .
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 04:59:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015