Biro Tata Negara (BTN)Sudah Mati. Apa sudah jadi dengan - TopicsExpress



          

Biro Tata Negara (BTN)Sudah Mati. Apa sudah jadi dengan BTN...masih hidup atau sudah mati? Masih wujudkah Ketua Pengarah BTN atau sedang lena diulit mimpi. Kalau BTN masih wujud dan berdiri sebagai sebuah entiti Kerajaan, maka ia perlu dinafaskan semula kerana ia telah GAGAL memainkan perananya sebagaimana lalu. BTN perlu dikemas kini dan dirombak supaya dapat memainkan perananya sesuai dsngan masa. Jawatan Ketua Pengarah BTN perlu diisi oleh mereka yang mampu menggalas aspirasi Kerajasn yang ditunjangi Umno. BTN era 90 an dan awal 2000 telah berjaya membina insan yang hebat dari segi pemahaman kenegaraan dan juga kepemimpinan. Mereka tahu adab bernegara dan tahu apa peranan mereka dalam masyarakat. YAB DS Najib harus melihat perkara ini dan pastikan tiada "musang berbulu ayam" yang menjawat jawatan2 yang penting dalam agensi Keraaan.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 00:24:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015