Celakalah aku sebagai Melayu jika aku tidak pandai membaca dan - TopicsExpress



          

Celakalah aku sebagai Melayu jika aku tidak pandai membaca dan menulis jawi. Bangsatlah aku sebagai Melayu kalau aku terlalu bermegah menjadi Melayu. Malulah aku andai pemerintah negara sendiri tidak memperkasa tulisan jawi. Mana tulisan jawi lenyap? Bergunadah-gulanalah datuk-nenek kita sekiranya mereka masih hidup bila melihat anak-cucu mereka tidak kenal apa itu ‘alif ba ta’. Tulisan jawi lenyap bukan kerana bangsa asing yang meranapkan jawi— Tetapi Melayu itu sendiri. P/S : Rangkap kedua menjadi perbalahan saya dengan seorang rakan apabila saya cuma tweet rangkap tersebut di Twitter. Lantas manusia itu RT dengan perkataan ‘bangsat kau’. Oh ya, saya rasa dia tidak membaca saya punya tweet sebelumnya yang berbunyi, “Adalah bodoh jika terlalu bangga menjadi Melayu, cukup sekadar syukur menjadi Melayu.” Saya menegaskan di sini, apa guna bermegah menjadi Melayu kalau diri sendiri tidak memajukan bangsa sendiri? Lupakan soal zaman kegemilangan Melayu Melaka. Jadi Melayu sekarang tidak perlu terlalu megah dengan kehebatan zaman dahulu. Ya, zaman itu Melayu hebat. Bangsa mana yang tidak kenal Melayu? Melayu cukup gah. Melayu sekarang masih lagi termimpi-mimpi dengan kehebatan Melayu Melaka. Tapi mereka (Melayu sekarang) sedar, mereka hanya berngigau. Saya menegaskan di sini, adalah perlu bagi seseorang jika ingin membaca puisi, kena baca sampai habis. Jangan baca serangkap—terus menyelar. Adalah bodoh (maaf ya saya kata) sedemikian. Atau jika sudah habis baca setiap rangkap tapi masih tidak faham sepatah haram, boleh tanya kepada orang yang menulis puisi tersebut. Itu kan lebih baik? Boleh saya sebut soal ketuhanan? “Tuhan tidak pernah pandang apa kulit/bangsa/keturunan kau, tapi Dia cuma tengok keimanan kau.” - Adam Hazin
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 06:43:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015