Duri dalam daging part 6 setelah menjalani rawatan dihospital - TopicsExpress



          

Duri dalam daging part 6 setelah menjalani rawatan dihospital ibu dibenarkan pulang tapi setiap minggu ibu dikehendaki datang kehospital menjalani exercise ringan untuk memastikan kecergasannya kembali pulih.belum pun ibu pulih sepenuhnya,kesihatan ayah semakin teruk.selera makan ayah sudah tertutup.ayah sudah tidak bermaya lagi.petang itu aku merasa sayu.aku mengharapkan ayah kembali sihat.tapi siapalah kita untuk menentang takdir.ayah pergi buat selama-lamanya meningalkan kami menemui penciptanya.pemergian Ayah benar-benar membuatku sedih.persoalan yang belum terjawap ditingalkan ayah padaku.kenapa Anisah sangup berbuat jahat pada Ayah yang telah mengangkatnya dan menjadikan ia sebahagian dari keluarga kami. pemergian ayah penuh dengan teka-teki.apakah dendam yang membuatkan anisah sangup membuat keluarga kami menderita.satu hari terdetik dihatiku untuk membongkar barang-barang lama simpanan ayah.aku masuk kebilik tidor ayah dan memeriksa Almari peribadi milik ayah.sayu hati apabila melihat gambar-gambar lama milik ayah.banyak kenangan yang pasti tidak akan berulang lagi.tiba-tiba aku terlihat satu buku kecil yang merupakan diari ayah.aku tahu memang salah kalauku membacanya tapi siapa tahu kalau-kalau ada rahsia yang dapat menjadi petunjuk untuk keluargaku.aku membaca satu persatu.rupa-rupanya ayah anisah dan arwah ayah teman sepejabat satu ketika dulu.kubaca perjalanan hidup kisah ayah.satu masa dulu ayah anisah merupakan orang yang diberi kepercayaan oleh majikan mereka.disebabkan satu perkara akhirnya ayah anisah dipecat dari jawatannya kerana pecah amanah.sebelum ayah anisah dipecat,ayah pernah menasihati ayah anisah agar menghentikan perbuatannya tapi ayah anisah tidak menghiraukan.akhirnya perbuatannya dihidu oleh majikan mereka.waktu atu ibu anisah sarat mengandungkan anisah.kerana kasihan akan musibah menimpa keluarga anisah,ayah berjanji untuk mengangkat anak yang bakal dilahirkan ibu anisah nanti untuk meringankan beban ayah anisah. dari diari yangku baca barulah ku tahu sedikit selok belok keluarga anisah.tapi yang hairannya apa yang didendamkan anisah.aku harus mengintip pergerakkan anisah.esok seawal pagi,ku lihat anisah bersiap-siap untuk keluar rumah.aku bercadang untuk mengekorinya.demi saja anisah pergi,tanpa disedarinya aku mengikut jejaknya.sehingalah sampai disuatu tempat..Anisah sampai dirumah ayah kandungnya..apa tujuannya?aku cuba mengintip dan cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka... BERSAMBUNG
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 14:35:58 +0000

Trending Topics



">
The activists willfully put the vigil at risk by installing a tent

Recently Viewed Topics




© 2015