Fadhilat Bulan-Bulan Islam : Muharram » Hari Asyura - TopicsExpress



          

Fadhilat Bulan-Bulan Islam : Muharram » Hari Asyura Muharram mengandungi pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan Islam sejak Nabi Adam alaihissalam dijadikan oleh Allah subhanahu wataala. Satu kelebihan dalam bulan Muharram ialah pada hari kesepuloh yang dikenali sebagai hari Asyura. Pada hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa. Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Berpuasa pada hari Asyura akan termasuk dalam hintungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya. Kelebihan berpuasa di bulan Muharram sebagaimana diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Puasa yang utama (afdal) sesudah Ramadan ialah puasa di bulan Muharram. ** 10 Muharram Jatuh pada hari Khamis 14th November 2013.. JOM PUASA!!!
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 03:28:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015