Fitnah Pakatan Haram mengenai isu Scorpene yang turut dikaitkan - TopicsExpress



          

Fitnah Pakatan Haram mengenai isu Scorpene yang turut dikaitkan dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia, mendiang Altantuya Sharibuu, juga jelas tidak berasas sama sekali dan wajar jadikan teladan tentang betapa busuknya perangai puak pembangkang di Malaysia.Tidak dilupakan juga pihak Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) yang terbukti ditaja oleh Yahudi Israel, mereka tidak layak untuk bercakap mengenai apa-apa isu lagi selepas ini dan wajar dibubarkan saja. Mereka jelas tidak punya sebarang kreadibiliti sama sekali. Pendedahan sebenar dari “arkitek” pembelian kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, secara panjang lebar bersama jurnalis News Straits Times baru-baru ini. Dengan fakta-fakta sebenar yang dikemukakan Jasbir Singh, ia merupakan “buah penamat” pada isu kapal selam kebanggaan negara yang sering menjadi bahan di kalangan politikus pembangkang untuk merosakkan kreadibiliti Kerajaan BN bertahun-tahun lamanya. Apakah para pemimpin Pakatan Haram dan SUARAM sanggup meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk para pengikut mereka yang berjaya dipengaruhi dengan fitnah-fitnah jahat mereka sebelum ini? Apakah mereka bersedia untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung fitnah jahat ini? Pasangan inilah yang paling teruk terjejas dengan tohmahan ini, bukan?
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 05:37:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015