Graduan wanita Pertama, ucapan tahniah buat graduan-graduan yang - TopicsExpress



          

Graduan wanita Pertama, ucapan tahniah buat graduan-graduan yang menamatkan zaman menuntut ilmu secara formal di peringkat Ijazah sasjana muda khasnya. Setiap tahun peningkatan jumlah graduan wanita, isu pekerjaan pasti akan dibangkitkan. Namun melihat kepada hikmah disebalik pengangguran wanita. Memetik sedikit potongan teks daripada buku Secangkir Teh Pengubat Letih tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. " Sejarah memperlihatkan bagaiman umat Islam cemerlang, gemilang, terbilang ketika wanitanya berada di rumah. Mungkin tiada statistik yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan ini, tetapi sekurang-kurangnya stratergi Ataturk ketika merancang kemusnahan Khalifah Othmaniyyah boleh dijadikan kayu ukur. Ataturk menyedari bahawa antara unsur kekuatan pegangan umat Islam ialah pada kedudukan wanitanya. Masyarakat boleh diubah dengan mengubah wanita. Wanita memelihara rumah tangga, anak-anak dan suami. Institusi keluarga ini menjadi benteng pertahanan umat ketika berhadapan dengan proses pembaratan budaya dan cara hidup di kala itu." TAHNIAH-TAHNIAH BUAT SEMUA..
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 18:20:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015