INFO ABOUT FAKE BRACES SAPE YG BERMINAT BOLEH BACA NI DULU - TopicsExpress



          

INFO ABOUT FAKE BRACES SAPE YG BERMINAT BOLEH BACA NI DULU YE Q: Braces ni boleh rapatkan gigi tak? A: Tidak. Braces ini hanya sekadar fashion. Q: Adakah bracket braces ini akan betul-betul ikut posisi gigi kita? A: Bracket ini adjustable. Jadi anda boleh aturkan mengikut jarak gigi anda. Q: Confirm ke tak berkarat? A: So far feedback yang di terima memang tak berkarat tetapi untuk menjaga kesihatan mulut anda, kami syorkan jangka hayat bagi satu braces adalah 3-5 bulan bergantung pada tahap penjagaan anda. Q: Susah tak pakai braces ni? A: Mula-mula memang susah sebab kita kena ukur dan potong sedikit demi sedikit dawai braces mengikut keselesaan pada mulut masing-masing. Apabila gusi sudah memberi ruang kepada dawai untuk diselit, ia amat mudah untuk dipakai :) boleh refer pada CARA PEMAKAIAN. Namun, kepada mereka yang bergigi rapat, tidak digalakkan membeli kerana dikhuatiri tiada ruang untuk diselit dawai braces tersebut. Juga diingatkan kepada mereka yang mempunyai gusi sensitif, turut tidak digalakkan membeli kerana takut berlaku pendarahan serta akan menyusahkan anda untuk menyelit dawai braces itu. Q: Boleh pakai ketika makan? A: Kami selalu syorkan kepada customer untuk membuka braces sebelum makan. Ini kerana braces akan mudah bergoyang ketika kita mengunyah makanan. Ia akan menganggu anda dan untuk terhindar daripada tercekik. Q: Adakah kita perlukan gam untuk memakai braces ini? A: Tidak. Archwire (kami menggunakan archwire sebenar yang digunakan oleh dentist) ini mudah di lentur, dan cuma selitkan pada bahagian gigi sahaja seperti retainer. Q: Boleh beli getah braces sahaja? A: Boleh! Jika anda adalah pemakai braces permanent, anda boleh membeli getah braces kami kerana kami mempunyai banyak warna dan motif-motif yang menarik. Tetapi, sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk pemasangan. Ada sesetengah doktor yang hanya menggunakan getah yang berada di kliniknya sahaja. Q: Berapa harga getah braces? A: Harga getah braces satu batang/bulat/color berharga rm25 bagi motif O, motif hello kitty, mickey serta flower . Bagi twin color pula, rm30 bagi 20biji/rings (cukup untuk gigi atas dan bawah). Q: Braces motif yang sepasang atau ats/bwh tu nanti kita kena pasang sendiri atau dah siap dengan besi? A: ya, braces yang sepasang atau atas/bawah itu sudah siap terpasang. Anda cuma perlu memotong dawainya sahaja mengikut keselasaan gigi anda. Anda akan menerima braces seperti gambar ini:
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 03:45:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015