"Iffa," kata Ehsan sambil memandang tepat ke wajahku dan - TopicsExpress



          

"Iffa," kata Ehsan sambil memandang tepat ke wajahku dan mempamerkan wajah yang sedikit pelik. "Ya...." "Errr...." Ehsan seperti teraga-agak untuk berkata sesuatu. Wajahnya juga seperti ada keraguan yang susah untuk aku tafsirkan. Abang, kenapa ni?" Aku pegang dahi Ehsan. Normal. Tapi kenapa pada petang ni pelik benar sikapnya. "Cakaplah. Kenapa teragak-agak?" soalku. "Magrib ni, abang nak solat berjemaah dengan Iffa, boleh?' Aku pandang wajah Ehsan dan aku rasa mataku pedih. Walaupun aku dengar dengan jelas apa yang Ehsan ucapkan, tapi aku masih mahu mendengar sekali lagi kata-katanya. Aku bimbang aku tersalah dengar. "Abang nak solat magrib bersama Iffa dan abang mahu imamkan solat magrib kita." Terus aku peluk Ehsan."Ustaz kata, abang dah boleh imamkan solat kita. Iffa percayakan abang?" "Inilah saat yang Iffa nantikan. Memang dah lama Iffa nak solat berjemaah dengan abang." Tangisku singgah di dada Ehsan. Berlagu dengan nada terharu. Cukup terharu. Rupa-rupanya aku diberi peluang juga untuk solat berjemaad dengan suamiku sendiri. Selanjutnya ?? Tunggu Episode Selanjutnya ATAU Beli Novel : Teduhan Kasih Terbitan : Karya Seni HARGA : RM19.00 Sahaja Dapatkan segera di : tinyurl/mx9yjhs :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ ::. ツ
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 19:49:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015