Info Kesihatan Kajian terbaru mendapati orang gemuk mempunyai - TopicsExpress



          

Info Kesihatan Kajian terbaru mendapati orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah sakit kepala yang teruk atau migrain. Hanya orang yang pernah mengalami migrain tahu bagaimana seksanya hendak melepasi saat diserang. Kepala berdenyut, rasa mual, muntah dan menjadi amat sensitif terhadap cahaya sehingga ada yang tidak boleh melakukan sebarang kerja. Berdasarkan maklumat Akademi Neurologi Amerika, lebih 10 peratus penduduk Amerika mengalami migrain. Dalam kajian terbaru yang membabitkan 3,700 orang dewasa gemuk mendapati kecenderungan mereka mengalami sakit kepala lebih tinggi berbanding individu kurus. Bagaimanapun kajian itu tidak mengatakan bahawa obesiti atau kegemukan menjadi punca kepada masalah sakit kepala tetapi kegemukan boleh meningkatkan kebarangkalian individu yang montel mengalami gangguan ini, walaupun tidak kerap, kata ketua penyelidik, Dr B Lee Peterlin, pensyarah neurologi dan pengarah kajian sakit kepala di Pusat Penga­jian Perubatan Universiti Johns Hopkins di Baltimore. Ia dianggap satu penemuan yang menarik kerana banyak kajian sebelum ini cuba mengaitkan episod serangan migrain yang teruk dengan obesiti. * Sila share dengan rakan dan kenalan kerana ia mungkin boleh membantu mereka.
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 11:57:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015