JABATAN PASUKAN PETUGAS KHAS (OPERASI / COUNTER TERRORISM) Tarikh - TopicsExpress



          

JABATAN PASUKAN PETUGAS KHAS (OPERASI / COUNTER TERRORISM) Tarikh Penubuhan 1 Mac 2009 Misi dan Visi Mengambil pendekatan dengan mempertingkatkan kemahiran dan menyusun strategi yang mantap dalam memerangi dan membendung ancaman keganasan, Jenayah terancang, Jenayah bersindiket dan penggubahan wang haram. Fungsi dan Peranan Menjalankan tugas-tugas pengumpulan risikan dan operasi pembanterasan aktiviti kumpulan-kumpulan dan elemen-elemen keganasan serta operasi membanteras dan pengumpulan risikan terhadap kegiatan jenayah terancang, Jenayah bersindiket dan pengubahan wang haram. Cawangan / Unit yang terdapat di bawah Pasukan Petugas Khas(Operasi / Counter Terrorism) Jabatan ini hanya wujud di Peringkat Persekutuan sahaja dengan penglibatan bersepadu oleh elemen-elemen Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Cawangan Khas.
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 09:42:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015