Jawapan untuk Shahidan Kassim. Kalau tengok jawatan nampak - TopicsExpress



          

Jawapan untuk Shahidan Kassim. Kalau tengok jawatan nampak Shahidah Kassim neh 10000x cerdik dari aku. Tengok pengalaman dan pangkat peh. Memang dia terbaik. Siapa la aku rakyat biasa2 neh kan. Tapi aku tetap nak sound Shahidan Kassim gak. Sebab tak tahan membaca respon dia berhubung isu pembekal dakwat kekal. Kata Shahidan Kassim nama pembekal dirahsiakan atas sebab ; 1. Kalau rakyat tahu mereka akan berlumba2 pergi beli dakwat kekal. 2. Mereka beli sebab nak kacau proses PRU. 3. Mereka akan celup jari sendiri dalam botol dakwat kekal. 4. Mereka tidak mahu tunjukkan IC ketika hari pengundian. Jawapan aku. 1. Kenapa seorang menteri sanggup bersangka buruk pada rakyat marhaen? Apa point rakyat macam aku dan ko nak pergi dakwat kekal? 2. Kenapa seorang menteri tergamak menuduh rakyat akan berbuat kekacauan untuk ganggu proses pru? 3. Kenapa pula seorang pengundi mahu celupkan jari sendiri dalam botol dakwat kekal yang dibeli dan sengaja tidak mahu tunjukkan IC sedangkan motif mereka hadir di pusat pengundian adalah untuk mengundi? 4. Bukan kah sebelum masuk bilik pengundi ini proses yang perlu kita lalui ; - Tunjuk IC - Tunjuk jari - Calit dakwat [sekarang celup]. - Baru undi? Agak2 kalau tak tunjuk IC boleh ke sampai ke proses buang undi? Dalam erti kata lain.. apakah Shahidan tidak sedar / mamai / tertidur / bermimpi / di rasuk ketika bagi jawapan kenapa nama pembekal dakwat kekal dirahsiakan? Aku rasa aku dah cukup bersangka baik neh. Siyes.
Posted on: Fri, 12 Jul 2013 16:20:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015