Kesayangan, Jom ketahui tiga jenis parut : 1. Parut biasa - TopicsExpress



          

Kesayangan, Jom ketahui tiga jenis parut : 1. Parut biasa (flat pale scar). Ia merupakan parut yang sering berlaku dan dialami oleh sebahagian besar individu. Parut jenis ini lebih pudar daripada warna kulit asal. Bagaimanapun, parut ini boleh menjadi agak lebar. 2. Parut tebal (hypertrophic scar). Parut jenis ini timbul dalam tempoh enam bulan selepas berlaku insiden dan biasanya ia akan surut dengan sendiri. Ia juga berwarna merah dan agak tebal daripada parut biasa. 3. Parut keloid. Ia merupakan parut yang tebal dan tumbuh melebihi daripada bahagian luka asal. Biasanya, parut ini akan tumbuh di luar kawasan luka yang sedia ada dan menjadi kekal. Secara umum, parut jenis ini berwarna merah jambu atau merah dan lama-kelamaan warnanya bertambah gelap. Keloid berlaku apabila tubuh terus menghasilkan kolagen iaitu tisu-tisu parut yang keras selepas luka sembuh. Keloid boleh menimbulkan masalah yang menyebabkan individu terbabit menghadapi masalah kegatalan yang berterusan sama ada pada waktu malam atau siang. Kekerapan keloid di kalangan penduduk Asia begitu tinggi kadar kejadiannya. Sumber : Utusan Online Artikel Penuh: utusan.my/
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 07:19:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015