Khasiat Memakai Haruman Kasturi Kajian mengenai khasiat - TopicsExpress



          

Khasiat Memakai Haruman Kasturi Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman. Abu Yusuf Yaquq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya alItr (Book Of the Chemistry of the Perfume) Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain,kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya: 1) Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim). 2) Memberi Ketenangkan Jiwa 3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak 4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan 5) Menghilangkan debaran jantung 6) Menghilangkan Sesak Nafas 7) Melegakan Lelah (Asma) 8] Mampu menyedarkan orang yang pengsan 9) Memperkuatkan organ luaran tubuh 10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh 11) Menghilangkan rasa gementar 12) Menghilangkan sejuk tubuh 13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh 14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang 15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing 16) menjernihkan mata putih pada mata 17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan 18] Mencegah wabak penyakit 19) Melanjutkan usia 20) Menguatkan tubuh badan. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi). Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu 1) Mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan 2) Melancarkan peredaran darah 3) Merangsang penyingkiran darah haid 4) Mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia. Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Di negara-negara barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi yang tersendiri.Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di negara asia.
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 04:29:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015