Konsert Metallica : 21 Ogos, Stadium Merdeka RESPOND GAMIS Dalam - TopicsExpress



          

Konsert Metallica : 21 Ogos, Stadium Merdeka RESPOND GAMIS Dalam kehangatan tumpuan seantero dunia mengikuti perkembangan secara serius konflik berdarah bumi Syria dan Mesir khususnya, kepimpinan negara kita Malaysia masih terus berdiam diri daripada mengambil tindakan drastik memperlihatkan pendirian tegas terhadap isu ini. GAMIS melahirkan rasa kekecewaan terhadap penganjuran konsert ini yang dilihat tidak memberi nilai tambah kepada pengukuhan pendidikan politik rakyat Malaysia terhadap sensitiviti isu kemanusian luar negara. Kekesalan yang dinyatakan tidak bermakna kami anak muda Malaysia menolak hiburan dan keseronokan bersantai, namun seharusnya kerajaan Malaysia dilihat punya daya kredibiliti menyusun keutamaan semasa berbanding menyuntik kewangan negara melalui penganjuran konsert seperti ini. Dengan itu, GAMIS menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana - mana Non Government Organization ( NGO ) yang bertindak turun sendiri ke Stadium Merdeka bagi menggerakkan agenda memperkukuh sensitiviti rakyat Malaysia di sebalik penderitaan saudara kita di Mesir & Syria ketika ini. Small matter for Malaysia... Apabila Mesir kian dikecam, Metallica alternatif tindakan protes, Small matter for Malaysia... Apabila Mesir mandi darah, Malaysia simpati layan muzik metal trash, Small matter for Malaysia... Apabila mesir buru mati syahid, Malaysia? Mohd Syakirin Md Zahar, Ketua Majlis Dakwah & Kebajikan ( MDK ), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia, GAMIS 2013.
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 09:43:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015