MAKLUMAN PENJADUALAN SEMULA PENERBANGAN BALIK JEMAAH HAJI KT31 - TopicsExpress



          

MAKLUMAN PENJADUALAN SEMULA PENERBANGAN BALIK JEMAAH HAJI KT31 (SV5616) Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan jemaah haji KT31 melalui Saudia Airlines SV5616 yang asalnya dijadualkan tiba di KLIA pada jam 8.50 malam (2 November 2013) telah dijadualkan semula untuk tiba di KLIA pada jam 12.50 tengahari esok (3 November). Penjadualan semula tersebut melibatkan jemaah haji seramai 450 orang. Ahli keluarga dinasihati menghubungi KLIA atau THCC untuk waktu ketibaan terkini selepas pukul tujuh (7) pagi, 3 November 2013. Kesemua jemaah haji yang terlibat berada di dalam keadaan baik di bawah penjagaan Saudia Airlines dan sedang berehat sementara menunggu waktu perlepasan penerbangan baru yang dijangka pada pukul 11.00 malam (waktu saudi) 2 November 2013. Pihak TH dan Saudia Airlines memohon maaf di atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan TH (THCC) ditalian 03-6207 1919. Harap maklum.
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 14:44:56 +0000

Trending Topics



x;">
Just Before Jumping the GUN... :) For those who panic when
I personally think EVERY set man should be very hard on their
Why scholars dont openly reject or speak against thier
Colorfulworldstore Child Girls/Ladies Latin dance dress-Over all
13 inch Rikki KnightTM Marcelle Blue Chevron Name Laptop Sleeve,
Are they not embarrassed to publicly make fools of themselves,

Recently Viewed Topics




© 2015