MEMIKAT RAKAN NIAGA ( EPISOD 2 ) Biasanya bila berjumpa - TopicsExpress



          

MEMIKAT RAKAN NIAGA ( EPISOD 2 ) Biasanya bila berjumpa boss/owner sesuate tempat saya tidak akan tanya "boleh x saya nak hantar kek ke tempat tuan/puan?". Mula2 saya akan perkenalkan diri dan juga produk yg saya bawa, dah cerita serba sikit bla, bla, bla (dah tentula saya akan cerita ttg kebaikan produk serta demand dlm pasaran) seterusnya saya akan bg statement " saya berminat untuk supply kek coklat di tempat tuan/puan sekiranya diberi peluang" Kemudian owner akan bertanya lebih detail dan saya akan memberi penjelasan dgn confiden. Kita mesti confiden, kalau kita sendiri tidak mempamerkan keyakinan diri cmana dorang nak yakin dan percaya pada kita dan juga produk yg kita bawa. Alhamdulillah, bila diterima utk supply, hari pertama supply saya akan bg sample pada semua staff di tempat tersebut, sama ada restoren, kafe, stesen minyak. Sbbnya saya nak semua staff rasa dan dapat beri feedback pada customer. Ini sy belajar dr pengalaman sendiri, bila nak beli sesuatu saya akan tanya "sedap x ni dik..?" kebiasaannya dorang akan jwp "saya pun x pernah rasa kak..." . So sebab tu la tiap kali pertama saya suply kek ke sesuatu tempat saya akan bg sample pada semua supaya mereka dapat beri komen pada pelanggan. Kenapa saya berani beri sample pada semua staff?? Sebab saya sangat yakin dengan produk saya!!! Alhamdulillah cara saya ini sangat membantu sale terutamanya di tempat baru yg mana orang belum kenal lagi dengan produk saya :) :) ~heart to heart~
Posted on: Tue, 27 Aug 2013 00:42:10 +0000

Trending Topics



iv>

Recently Viewed Topics




© 2015