Mahathir: Harga hanya akan naik 5 peratus 9:43PM Sep 6 2013 - TopicsExpress



          

Mahathir: Harga hanya akan naik 5 peratus 9:43PM Sep 6 2013 (MALAYSIAKINI) Pemotongan 20 sen subsidi bagi setiap liter bahan api hanya akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, paling banyak sekitar 5 peratus, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, ini kerana bahan api hanya menjadi sebahagian kecil daripada kos pengeluar dan perniagaan. Malah, katanya, bahan api membentuk hanya 10 peratus input bagi produk dan perkhidmatan dan sebarang kenaikan harga bahan api boleh diserap oleh perniagaan. "10 peratus daripada 10 peratus (kenaikan harga bahan api) adalah satu peratus. Ia adalah peratusan dari segi peningkatan kos yang kebanyakan perniagaan boleh menyerapnya. Tidak perlu sebarang kenaikan harga produk atau perkhidmatan mereka," katanya dalam satu posting di blog beliau hari ini. Walaupun Mengakui bahawa sesetengah produk dan perkhidmatan menggunakan lebih bahan api, beliau berkata, petrol atau diesel mungkin hanya merupakan separuh daripada input pengeluaran. "Oleh itu, peningkatan kos seharusnya bukan 50 peratus. Malah, ia sepatutnya 10 peratus. Ia sepatutnya lima peratus atau hanya lebih sedikit," katanya.
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 15:18:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015