"Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya - TopicsExpress



          

"Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain. Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," kata Menteri Wilayah, Tengku Adnan Tengku Mansor. Ini kenyataan paling tidak bertanggungjawab, dan tepat seperti kata Dr Agus Yusof, yang selayaknya datang dari "pemimpin kelas ketiga". Nyata, isu kecurangan dalam PRU13 mesti dihangatkan terus dan desakan Pengerusi SPR, timbalannya dan 5 anggotya SPR harus ditingkatkan tekanannya. Walaupun himpunan jelajah Black505 sudah berakhir, Pakatan Rakyat harus memikirkan kaedah terbaik untuk memastikan SPR benar-benar dirombak dan reformasi menyeluruh sistem, proses dan amalan pilihan raya kita dapat diadakan segera. Jangan berlengah lagi!
Posted on: Thu, 27 Jun 2013 17:11:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015