Nak kongsi tulisan Ust Zul ketua Dewan Ulamak Melaka. Dengan - TopicsExpress



          

Nak kongsi tulisan Ust Zul ketua Dewan Ulamak Melaka. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Maksud firman Allah Taala: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan. Keimanan kepada ayat ini adalah sebab bagi perjuangan Islam kontemporari. Perjuangan menolak segala fahaman dan ideologi Sekular Barat untuk kembali kepada Islam sepenuhnya. Ia turun sebagai menegur ilmuan Yahudi yang telah menerima Islam namun masih kekal mematuhi sebahagian syariat ugama asalnya. Beliau hanya memakai Islam setakat yang tidak menyanggahi ugama asalnya. Mana yang bercanggah seperti Islam tidak memuliakan hari Sabtu dan tidak mengharamkan daging unta maka beliau tidak mematuhinya. Menerima Islam tetapi tidak bersedia menerima sebahagian ajarannya maka itu bukanlah Islam lagi tetapi Islam palsu yang tidak menyelamatkan penganutnya dari api neraka. Allah Taala memerintah kita jangan mengikut Islam palsu dan sembahan-sembahan palsu. - Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Maksud firman Allah Taala: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan. Keimanan kepada ayat ini adalah sebab bagi perjuangan Islam kontemporari. Perjuangan menolak segala fahaman dan ideologi Sekular Barat untuk kembali kepada Islam sepenuhnya. Ia turun sebagai menegur ilmuan Yahudi yang telah menerima Islam namun masih kekal mematuhi sebahagian syariat ugama asalnya. Beliau hanya memakai Islam setakat yang tidak menyanggahi ugama asalnya. Mana yang bercanggah seperti Islam tidak memuliakan hari Sabtu dan tidak mengharamkan daging unta maka beliau tidak mematuhinya. Menerima Islam tetapi tidak bersedia menerima sebahagian ajarannya maka itu bukanlah Islam lagi tetapi Islam palsu yang tidak menyelamatkan penganutnya dari api neraka. Allah Taala memerintah kita jangan mengikut Islam palsu dan sembahan-sembahan palsu. Daripada senarai panjang Islam palsu ialah Islam versi golongan sosialis yang muncul di Malaysia pada hari ini. Sebagai contohnya dalam Aqidah Tawhid Islam menegaskan hanya Allah yang berkuasa menentu dan mencipta. Tiada yang berkuasa selain Allah. Dengan kehendak-Nya sahaja dan kekuasaan-Nya sahaja Dia yang bersifat Tunggal mencipta alam dan manusia tanpa sebarang bantuan, alatan maupun perantaraan. Dia mengutuskan para Rasul membawa ajaran ugama dan memerintah manusia berusaha melakukan kebaikan dan menolak kejahatan dalam setiap urusan kehidupannya. Tidak ada kejadian dan peristiwa melainkan dengan kehendak dan ciptaan Allah semata-mata. Fahaman sosialis pula meletakkan kuasa penentu (determinisme) hanya kepada material. Karl Marx yang berbangsa Yahudi menegaskan bahawa aktiviti ekonomi adalah penentu mutlak terhadap kelakuan dan aktiviti manusia di bidang sosial, politik, agama, falsafah, seni, idea dan lain-lainnya. Oleh itu di dalam fahaman sosialis sebenarnya tidak ada kebenaran mutlak dan nilai yang tetap. Semuanya berubah menurut perubahan aktiviti ekonomi. Saya merasa hairan bagaimana seorang sosialis boleh menjadi sosialis soleh apabila dia menolak Allah sebagai pencipta yang tunggal dan berkehendak yang mutlak. Bagaimana dia boleh menjadi sosialis soleh apabila ugama pada ajaran ideologinya adalah kesan dari ekonomi dan bukannya benar-benar wahyu dari Allah dan keterangan Rasul-Nya saw. Bahkan apalah nilai sebutannya akan nama Allah dengan makna sosialisnya yang menghina dan meletakkan Allah lebih rendah dari Karl Marx. Janganlah kita menjadi orang yang mudah terpedaya dengan lakonan dan penipuan sosialis. Sosialisme adalah peringkat yang menyusul kejatuhan kapitalisme sebelum kemunculan Komunisme. Dengan lain perkataan dalam pemikiran Karl Marx golongan sosialis adalah komunis muda yang belum lengkap sifat-sifat komunisnya. Sosialis dalam mencapai matlamat politiknya mengambil pendekatan demokratik berbanding komunis. Bahkan di negara-negara seperti Itali, Perancis dan Spain golongan Komunis juga mengambil pendekatan dan idea-idea demokratik bagi mengkaburkan pertembungan mereka dengan golongan Kristian demokratik. Mereka cuba melakukan pendekatan yang sama di Malaysia dan memilih negeri serambi Mekah sebagai sasaran utama untuk merosakkan Islam. Golongan sosialis berasaskan teori dialektika materialisme yang diperkenalkan oleh Karl Marx berusaha mewujudkan sistem ekonomi yang berteraskan pemilikan bersama terhadap keupayaan-keupayaan produksi serta konsep kerjasama dalam pengurusan ekonomi. Bagi mereka pemilikan peribadi menjadi punca kezaliman kapitalis dan sistemnya. Sekilas pandang memanglah cita-cita sosialis ini kelihatan indah iaitu menentang kezaliman kapitalis dan memberi keadilan ekonomi kepada rakyat. Mereka berusaha menambah gambaran indah itu lagi dengan menunjukkan persamaan antara perjuangan sosialis dengan Islam. Wal hal sebenarnya mereka bermaksud untuk menolak Islam sebagai asas politik dan sebaliknya menjadikan pemikiran Karl Marx memandu perjuangan politik rakyat. Dalam situasi negara yang gawat mereka ingin menangguk di air keroh bagi menjerat umat Islam kedalam ideologi dan perjuan...
Posted on: Wed, 05 Mar 2014 04:32:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015