Orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang ke Pesta Kompetensi - TopicsExpress



          

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang ke Pesta Kompetensi Didalam Industri Tenaga yang akan diadakan pada 6-7 Julai 2013 bertempat di Pusat Latihan Mekanik, Kg. Tungku. Ini adalah peluang awda untuk mengetahui dengan lebih dekat kerjaya-kerjaya di dalam industri minyak dan gas seperti logistik/marin, pembinaan, kejuruteraan telaga dan pengeluaran dan sebagainya. Program-program latihan vokasional yang berkaitan seperti Marine Engineering, Instrumentation and Control Engineering, Mechanical Engineering, Electrical Engineering dan Process Plant Engineering akan bermula pada bulan Julai 2013 ini, dengan pengambilan berikutnya pada bulan September 2013 dan Disember 2013 juga akan dipromosikan di pesta ini. Pekerjaan adalah dijamin setelah berjaya dalam program-program latihan tersebut. DIBUKAKAN KEPADA SEMUA YANG TELAH MENAMATKAN SEKURANG-KURANGNYA TAHUN 9. - JABATAN TENAGA, JABATAN PERDANA MENTERI
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 05:37:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015