PENJIMATAN MINYAK Kurangkan kelajuan dan jangan membrek - TopicsExpress



          

PENJIMATAN MINYAK Kurangkan kelajuan dan jangan membrek mengejut Pemanduan agresif boleh menggunakan lebih minyak daripada pemanduan biasa. Elakkan memecut atau membrek terlalu mengejut dan cuba pastikan steering dalam keadaan yang lancar. Gunakan gear dengan bijak Hakikatnya adalah bahawa penggunaan gear yang betul boleh membuat penjimatan yang besar pada bahan api anda sehingga 15%. Pastikan anda menukar ke gear tinggi secepat mungkin dan selamat berbuat demikian. Merancang perjalanan dengan teliti dan elakkan waktu sesak Mengurangkan masa yang dihabiskan di dalam kereta adalah cara paling mudah untuk mengurangkan penggunaan minyak. Untuk mengurangkan masa pemanduan, aturkan semua perjalanan dekat dan urusan tugas anda kepada satu perjalanan merangkumi semua. Tambahan, jika anda boleh melakukan perjalanan di luar waktu puncak, anda akan mengurangkan masa terperangkap dalam lalulintas dan penggunaan bahan api akan menjadi kurang. Kurangkan Bebanan Anda mungkin terperanjat, tetapi setiap lebihan paun atau kilogram akan menjejaskan kecekapan bahan api anda. Jadi, pastikan but kereta dan tempat duduk berlakang kosong dari sebarang barang yang tidak perlu yang menambahkan berat pada kenderaan anda. Pastikan tekanan tayar pada tahap yang betul Pastikan anda memeriksa tekanan tayar anda selalu (sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu). Satu tayar di bawah lambungan boleh meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 3% dan ianya juga akan cepat haus. Semak panduan pengguna untuk tekanan yang betul. Pastikan tingkap ditutup Angin bertiup ke tingkap yang terbuka akan meperlahankan kereta anda. Sebagai tindakbalas, anda akan menekan lagi pedal minyakm seterusnya mengunakan lebih minyak. Perlahan dan tutup Penghawa dingin Dengan menutup penghawa dingin, buka tingkap dan menikmati udara. Ianya mungkin sedikit panas, tetapi pada kelajuan yang rendah, anda akan menjimatkan bahan api. Pada kelajuan yang lebih tinggi penghawa dingin mungkin lebih berkesan daripada rintangan angin dari tingkap terbuka dan bumbung. Tala dan servis enjin kenderaan anda Sebuah enjin yang ditala dengan baik boleh meningkatkan penjimatan bahan api, jadi tukarkan minyak hitam dan ikuti saranan pengilang kereta anda untuk servis. Sebagai contoh, menggantikan penapis udara tersumbat boleh meningkatkan penjimatan bahan api dan akan membantu melindungi enjin anda. Matikan enjin Tidak berbuat apa-apa tidak membawa anda kemana tetapi masih membakar bahan api. Matikan enjin apabila anda dalam barisan atau menunggu seseorang, Sebagai peraturan, jika anda fikir anda akan berhenti untuk lebih dari 10 saat, matikan enjin anda. Memecut pada masa yang betul Berfikir dahulu apabila menghampiri bukit,. Jika memecut, lakukannya sebelum sampai bukit. bukan semasa di bukit. Gunakan gred minyak hitam yang betul Gred minyak cukup banyak memberitahu kita tentang kelikatan. Jika anda menggunakan gred yang salah, anda boleh meningkatkan geseran dalan enjin. Ia semakin panas dan menggunakan lebih banyak minyak. Gantikan Penapis Udara Gantikan penapis udara apabila anda rasa perlu, atau anda rasa tidak betul padanya. Walaubagaimapun jangan ganti setiap masa. Cuba cari maklumat berapa kerap anda perlu penapis yang baru.
Posted on: Sat, 07 Sep 2013 07:34:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015