PPDNKK Kedah pantau harga makanan di kedai makan 09/09/2013 - TopicsExpress



          

PPDNKK Kedah pantau harga makanan di kedai makan 09/09/2013 ALOR SETAR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah (PPDNKK) meningkatkan pemeriksaan di kedai makan di seluruh negeri itu bagi mengesan peniaga yang menaikkan harga susulan pengurangan subsidi petrol dan diesel minggu lepas. Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Kedah, Kelyn Bolhassan berkata, jika ada yang berbuat demikian, mereka berdepan dengan hukuman denda tidak lebih RM100,000 kerana melanggar Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993. "Hasil operasi di tiga buah kedai mamak hari ini kita dapati peniaga masih mengekalkan harga makanan,” katanya kepada pemberita selepas operasi terbabit di sini. Kelyn berkata, pemeriksaan itu akan turut dijalankan di premis-premis perniagaan lain seperti kedai runcit bagi membanteras kenaikan harga barangan. "Saya nasihatkan agar peniaga tidak menjadikan isu kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan dan barangan. "Kerjasama daripada orang ramai juga amat diperlukan. Sekiranya pengguna merasakan harga makanan atau barangan dijual pada kadar yang tinggi, mereka boleh menghubungi talian 04-700 1800 untuk membuat aduan,” katanya. Kosmo!
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 12:15:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015