Pemilikan & Ketuanan Malaysia Terlalu ramai rakyat Malaysia yang - TopicsExpress



          

Pemilikan & Ketuanan Malaysia Terlalu ramai rakyat Malaysia yang bercakap perihal sejarah pemilikan Malaysia sedari dahulu. Ini adalah satu kebiasaan dikalangan semua bangsa di dunia apabila mereka mengaitkan pemilikan sekeping tanah yang besar dengan sesuatu bangsa sahaja. 1. Ramai yang mengetahui dan mempercayai bahawa manusia pertama bernama Adam serta pasangannya bernama Hawa telah diturunkan ke bumi daripada syurga. Fakta ini benar. Teori Darwin pula adalah mengarut, jika manusia berasal daripada monyet, jadi sebelum monyet manusia berbentuk apa dan selepas bentuk manusia sebegini kelak bentuk manusia seperti apa pula? Teori Darwin menyesatkan. 2. Allah SWT memberikan keizinan kepada Adam dan Hawa serta keturunannya mendiami bumi dan berbuat baik sebelum mereka kesemuanya akan dikembalikan kepada hari pembalasan untuk kembali mendiami syurga atau ke neraka. Bererti, bumi ini milik mutlak Allah SWT, sekalipun hendak bercakap soal pemilikan tanah-tanah di bumi ini, maka mestilah secara bersederhana. Segan kita dengan Allah SWT. 3. Berbalik kepada soal pemilikan Malaysia. Siapa pemilik sebenar Malaysia? Jika perbandingan dibuat sekadar mengambil kira bangsa Melayu, Cina dan India, itu silap. Bangsa yang lebih dahulu mendiami Malaysia adalah keturunan Negritos. Namun tanah ini bukan milik mutlak mereka juga, kerana mereka juga pastinya datang berhijrah daripada tempat lain sebelum itu, kerana Adam dan Hawa itu masing-masing seorang, merekalah induk manusia yang kemudian membiak dan mengembara seantero dunia dengan izin Allah SWT. 4. Jika ditelusuri sejarah, banyak bangsa-bangsa di dunia ini yang menyukai Malaysia kerana hasil buminya dan kedudukannya. Bangsa Melayu, Cina dan India bahkan Negritos semuanya pendatang. Seawal itu juga pemimpin-pemimpin daripada bangsa-bangsa tersebut cuba menjadi tuan di negara ini. 5. Parameswara sendiri pernah mendapatkan sokongan Maharaja China agar diterima dan diisytiharkan sebagai tuan bagi sekeping tanah kecil yang terletak di Asia Tenggara ini sekalipun Semenanjung Melayu ketika itu bukanlah milik China. Memang lumrah manusia begitu, yang kuat akan mendapatkan sokongan daripada yang lebih kuat untuk diisytiharkan sebagai tuan. asianhistory.about/od/malaysia/p/malaysiaprof.htm 6. Bangsa Amerika juga bukan tuan asal tanah Amerika. Bangsa Cina bukan tuan asal Singapura. Bangsa India bukan tuan asal India. Dan seterusnya kembali kepada #1. Dahulu semua tanah tidak bertuan, tetapi apabila manusia makin berkembang sifat tamaknya maka masing-masing mahu menguasai itu dan ini. Bersederhanalah. 7. Tetapi perlu diingat bahawa ketuanan yang memulakan tamadun di Semenanjung Melayu ini adalah Kesultanan Melayu Melaka. Maka Melayu lebih berhak menjadi ketua di tanah yang kecil ini. 8. Jadi, apakah masalah sebenar dikalangan rakyat Malaysia yang menghina usaha Tuanku Abdul Rahman untuk mendapatkan kembali ketuanan Melayu ke atas Malaysia? Memalukan. 9. Biarpun bukan Sultan-Sultan yang memulakan usaha mendapatkan kembali hak ketuanan Melayu, namun Tuanku Abdul Rahman tidak mengenepikan Sultan-Sultan. Buktinya sehingga kini kuasa Kesultanan Melayu masih tidak dinafikan, malah dalam bentuk pemerintahan yang lebih harmoni. 10. Jadi, apa masalah kaum selain Melayu hendak menafikan hak ketuanan Melayu di tanah ini? Bangsa selain Melayu juga masing-masing mempunyai hak ketuanan sendiri di tanah-tanah lain di dunia, malah ada yang lebih luas, gah lagi ternama berbanding Malaysia. Jangan tamak. 11. Keturunan Melayu berhak untuk terus mengetuai Malaysia kerana mereka adalah kelompok majoriti. Ketuanan. 12. Bangsa Malaysia yang dilaungkan adalah identiti perpaduan bukan mewakili identiti pemerintahan. Keamanan. 13. Maka sekarang Malaysia adalah milik penempatan bersama pelbagai kaum dengan kuasa ketuanan Melayu. Jelas. 14. Maka, dalam perkongsian pelbagai kaum ini, setiap kaum seharusnya saling menghormati. Bukan sahaja menghormati dalam aspek-aspek kesamarataan, tetapi juga menghormati dalam aspek sensitiviti. 15. Saya hairan dengan sikap masyarakat Malaysia yang saling menghina sesama kaum. Semuanya percaya kepada Tuhan, tetapi lupa bahawa kaum-kaum lain itu juga makhluk Tuhan. Rukun Negara itu sudah cantik, tetapi dilupakan. Sia-sia. 16. Apabila perebutan antara kaum telah didamaikan, timbul pula perebutan antara parti politik. Sedangkan terlalu sedikit yang mengkaji akan tujuan-tujuan sebenar penubuhan setiap parti tersebut. Kata orang, jika mahu akan sesuatu pelbagai cara digunakan. Kuasa mentadbir Kerajaan. 17. AHH melihat bahawa UMNO meneruskan usaha menjaga hak ketuanan Melayu. Tidak salah. PAS meneruskan usaha meningkatkan syiar Islam. Tidak salah. Kedua-duanya tidak salah kerana Melayu adalah kelompok majoriti dan Islam adalah agama rasmi. Cuma kalau boleh, dua-dua entiti ini harapnya boleh lebih harmoni. 18. Malaysia tetap milik mutlak Allah SWT. Jika sekali Allah SWT tenggelamkan Malaysia (minta dijauhkan) pasti semuanya (terutamanya yang sesama Islam) akan berjanji untuk saling berbaik dan berkasih sayang untuk kembali ke Malaysia daripada menjadi pelarian di negara-negara asing. Adalah lebih pelik wujud permusuhan politik yang melampau dikalangan penyokong parti-parti politik yang beragama Islam. 19. AHH tidak suka akan demonstrasi jalanan kerana ia mengundang bahaya yang banyak. Terlalu ramai yang mempromosikan budaya kebangkitan ummah di Malaysia sekarang. Namun, demonstrasi-demonstrasi yang pernah dilaksanakan di Malaysia setakat ini, yang AHH rasakan benar-benar membawa semangat ummah adalah perarakan Maal Hijrah dan juga perarakan menentang filem Amerika yang menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini. Ummah Islamiyah. 20. Demonstrasi jalanan juga akan membuka jalan bagi kemasukan kuasa asing jika menjadi liar dan ganas. Kelak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong bergelimpangan. Mungkin belum sampai masanya ummah perlu keluar berdemonstrasi. والله أعلم بالصواب
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 11:09:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015