Pengalaman Hidup Kadang-kadang kita melihat kesan sifat TAKSUB - TopicsExpress



          

Pengalaman Hidup Kadang-kadang kita melihat kesan sifat TAKSUB itu umpama arak atau candu yang menghalang orang yang memilikinya daripada sifat berfikir dan bertafakkur. Pernah sekali, seseorang yang penulis kenali memberitahu bahawa gurunya memberitahu orang yang paling banyak berzikir kepada Allah di Malaysia ialah pemimpin dan timbalan pemimpin parti yang disokongnya atau jemaahnya. Penulis hanya menyembunyikan rasa terperanjat di dalam hati... dan bertanya di manakah AQAL nya? Adakah kerana TAKSUB maka dia percaya kisah dongengan ini? Bukankah kualiti dan kuantiti amalan seseorang itu adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT? Namun, agaknya kerana TAKSUB maka seseorang itu akan percaya apa sahaja pujian yang diberikan kepada orang yang dia TAKSUB padanya. Ya Allah ! Lindungi kami daripada TAKSUB yang membutakan dan memekakkan hati dan akal kami.
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 07:23:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015