Pesan Ustaz Pahrol Mohd Joui.....Kepada yang berminat menjadi - TopicsExpress



          

Pesan Ustaz Pahrol Mohd Joui.....Kepada yang berminat menjadi penulis... Mulakan dengan banyak membaca. Ia mengasah fikiran, menajamkan hati menghidupkan perasaan. Jiwa dakwah perlu dihidupkan... ia akar kepada kesungguhan dan kegigihan. Mengenai bahasa dan istilah, ia satu kemahiran yang mesti dicapai dengan latihan yg berteusan. Jangan menulis untuk keindahan... Tetapi dahulukan kebenaran. Solekan bahasa jangan keterlaluan. Pilih yang mudah2 sahaja. Yang penting sampai maksud. Menulislah setiap hari... dalam diari atau buku catatan peribadi. Luahkan segala yang dirasa... Dan carilah rasa yang baik2 dalam hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Apabila ada rasa sayang... tulisan akan lembut membelai. Apabila ada rasa marah yang terkawal... tulisan jadi tajam tetapi tidak menyakitkan. Ingat... penulis menulis dirinya. Baikilah diri, insyaAllah... penulisan dan tulisan akan jadi baik dengan sendirinya. Amin.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 18:03:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015