Rangkuman segmen pagi bersama Kufaz dan Syakiella - TopicsExpress



          

Rangkuman segmen pagi bersama Kufaz dan Syakiella 13/9/2013. Topic: Cinta Muka Buku. Bercinta melalui internet, terutamanya melalui Facebook. Ada pro dan contra nya. Kebaikan: - Dapat mengelakkan maksiat berlaku, jika perhubungan itu ditetapkan batas. Kerana kedua-dua pasangan tidak berada di depan mata, jadi kes-kes percabulan dapat dielakkan jika terus berhubung melalui facebook sahaja. - Dapat jimatkan kos untuk pergi dating. Takyah beli bunga, teddybear atau belanja makan dan minum (berseloroh). Keburukan: - Kita tidak dapat mengenal pasti kejujuran pasangan yang dijumpai. Samaada betul atau sekadar ingin mencari mangsa. - Perlakuan curang lebih senang terjalin kerana internet kini sudah menjadi tersangat universal. - Perkara buruk boleh berlaku seperti penyerbaran gambar lucah, ugutan dan sebagainya jika tidak menetapkan batas pergaulan. So, kepada anda yang ingin berjumpa (dating) dengan pasangan yang dikenali menerusi internet atau facebook untuk pertama kalinya, berhati-hatilah. Bawalah rakan-rakan untuk menemani, beritahu lokasi dan keberadaan anda pada famili dan rakan-rakan. Beritahu juga dengan siapa anda keluar supaya mereka semua well informed. Teruskan bersama kami di Flex FM dengan topic-topic yang lebih menarik nanti!! Dimensi Baru.. Bermula! Admin, K.
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 09:22:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015