SHAH ALAM 17 Ogos - Seorang anggota polis maut selepas motosikal - TopicsExpress



          

SHAH ALAM 17 Ogos - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangi dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Chery di Km 10.5 Lebuh Raya Persekutuan, awal pagi tadi. Dalam kejadian 3.45 pagi itu, mangsa Koperal Johari Muhamad, 36, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, di Bandar Saujana Putra Jenjarom, di sini setelah selesai bertugas. Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam, Deputi Superitenden Goh Lee Shen berkata, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di Klang. "Mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah MPV jenis Chery apabila sampai di lorong kiri, Km 10.5. "Kita belum dapat mengenal pasti cara pelanggaran itu, tetapi percaya MPV tersebut telah terbabas sebelum melanggar motosikal mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Lee Shen berkata, pemandu kenderaan MPV tersebut, Yap Poh Leong, 41, dilaporkan koma dan tenat di HTAR. Tiga lagi rakan Yap yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di HTAR. - BERNAMA Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Jenayah/20130817/je_14/Koperal-polis-maut-motosikal-dilanggar-MPV-di-Shah-Alam#ixzz2cDRrvPVj © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 09:11:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015