Salam sejahtera. PENCARIAN BAKAT BARU PENGACARA MAJLIS DAN SUARA - TopicsExpress



          

Salam sejahtera. PENCARIAN BAKAT BARU PENGACARA MAJLIS DAN SUARA LATAR VIDEO RASMI UNIVERSITI DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS Jabatan Komunikasi Korporat sedang mencari bakat baru dalam kalangan pelajar (sepenuh masa) dan staf untuk menjadi pengacara majlis dan suara latar video rasmi Universiti. Satu sesi pencarian bakat akan diadakan diketetapan berikut:- Tarikh: 1- 3 Oktober 2013 (Selasa - Khamis) Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari / 2.30 petang - 4.00 Petang Tempat: Studio Rakaman, Unit Penyiaran & Multimedia, Jabatan Komunikasi Korporat (berhampiran pos Polis Bantuan, Pintu 1). Kepada yang berminat dan berbakat besar jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk maklumat lanjut: +603 5521 1350 (Puan Shikin) Dr. Ramleee
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 05:40:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015